Saturday, 24 September 2022

HIMPUNAN DOA DAN AMALAN 3

 Assalamualaikum. Dikongsikan untuk kita. Semoga bermanfaat.


Bacaan Doa Qunut Solat Subuh dan sujud sahwi
Umum mengetahui cara baca doa qunut dibaca pada iktidal rakaat kedua waktu semasa solat subuh. Hukum membaca doa qunut adalah sunat ab'ad (sunat yang dituntut).
Bagaimana jika terlupa untuk baca Doa Qunut ?
Perkara ini sering berlaku ketika solat subuh iaitu terlupa untuk baca doa qunut dan kita terus sujud. Jadi, SAH atau TIDAK solat kita?
Solat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun disunatkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat aba'ad.
Cara Melakukan Sujud Syahwi :
-Sujud syahwi dilakukan selepas selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.
-Melakukan sujud sebanyak dua kali.
-Pada kedua-dua sujud berikut hendaklah membaca tasbih ini:
سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ
Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.
Mari kita sama-sama fahami maksud disetiap bacaan doa qunut ini. Semoga subuh nanti kita lebih khusyuk dalam menunaikan solat.
#SHARE lah jika bermanfaat ya.

HIMPUNAN DOA DAN AMALAN 2

 Tatacara Amalan Surah Al-Fil Untuk Merawat Kanser. Insya’Allah

Setiap kali lepas sembahyang baca:
Surah Al Fatihah – 1 kali
Surah Al Ikhlas – 3 kali
Selawat ke atas Nabi – 3 kali
Surah Al Fil – 21 kali
Memang setiap orang tahu, “Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.” Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser? Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.
Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.
Surah Al-fil:
Alamtarakai fafa’alarabbuka bi asha bilfil (1)
Alam yaj ‘al kaidahum fitadhlil (2)
Waarsala ‘alaihim toiran ababil (3)
Tarmihim bihija ratim minsijjil (4)
Faja’alahum ka asyfim makkul (5)
Maksudnya:
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah? (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan! Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras! Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat!
Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser
Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..! (Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu)
* Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu. Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.
Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut. Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.
“Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt”. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud
Semoga bermanfaat.

HIMPUNAN DOA DAN AMALAN 1

 Assalamualaikum...

dikongsikan untuk panduan dan amalan kita. semoga bermanfaat.




Monday, 18 January 2021

ASSALAMUALAIKUM. DARI MEJA ADMIN . JUTAAN KEMAAFAN KERANA BLOG INI TELAH LAMA TIDAK DIKEMASKINI ATAS MASALAH TEKNIKAL. INSYAALLAH AKAN DIBANGUNKAN SEMULA PADA TAHUN INI SEKIAN TERIMA KASIH