Tuesday, 18 September 2018

Kenapa Surau Al-Huda?

Assalamualaikum. Kenapa Surau Al-Huda? Agak pelik tajuk di atas dan tajuk blog walaupun pengisian blog ada mengenai keseluruhan aktiviti SK Relong. Baiklah di sini admin terangkan sedikit, kenapa tajuknya Surau Al-Huda?

  • Surau Al-Huda merupakan tempat di mana semua murid dan guru berkumpul, bukan hanya untuk majlis-majlis ilmu agama tetapi juga aktiviti-aktiviti yang lain.
  • Surau Al-Huda menjadi nadi setiap program. Baik program yang di laksanakan melalui perancangan tahunan Surau Al-Huda mahupun aktviti sekolah.
  • Surau Al-Huda sentiasa di Imarahkan dengan pelbagai aktviti.
  • Surau Al-Huda juga melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi rohaniah dan jasmaniah. Kemenjadian murid di lihat terbentuknya berdasarkan sahsiah yang di terap kepada murid-murid SK Relong melalui pengisian aktiviti Surau Al-Huda.
  • Kedudukan strategik Surau Al-Huda menjadikan Surau Al-Huda sebagai mercu tanda yang paling cantik di SK Relong.
  • Surau Al-Huda juga menjadi landasan atau penggerak setiap program yang dilaksanakan di sekolah.

Gigi Sihat dan Kekal Cantik




Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia

Tempat : Dewan SK Relong
Tarikh : 14 September 2018
Hari : Jumaat 
Masa : 9.30 pagi
Aktiviti : 
Ucapan Perasmian
Nyanyian Lagu-lagu Patriotik
Pakaian Beragam (Jalur Gemilang)
Basikal Berhias
Penyampaian Hadiah
 

















Majlis Sambutan Maal Hijrah

Masa: 7.45 pagi
Tempat : Surau Al-Huda
Hari : Jumaat
Tarikh : 14 September 2018
Aktiviti :
- Bacaan Surah Kahfi
-Solat Hajat
-Ceramah Maal Hijrah - oeleh Ustaz Wan Mohamad Rifqi bin Wan Ibrahim ( Pelatih IPGM)
- Penyampaian Sijil UPKK 2017
-Bersurai