Monday, 30 July 2018

Perkhemahan Unit Beruniform SK Relong

Tarikh : 27 hingga 28 Julai 2018
Tempat : Camas Camp Site Selindang
Kumpulan Sasaran : Tahap 2 SK Relong

















Wednesday, 25 July 2018

Tadabbur Al Quran


Tadabbur al-Quran

Maksud tadabbur dan hukumnya:

Tadabbur ialah berfikir dan mengamati ayat-ayat al-Quran untuk memahaminya, serta menangkapi makna-maknanya, hukum-hukumnya, dan maksud yang dikehendakinya. Al-Quran adalah kitab yang dipermudahkan (muyassar) untuk tilawah, hafaz, faham dan tadabbur. Allah Ta'ala telah berfirman maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?” (Al-Qamar:17)

Maka wajib atas setiap muslim tadabbur al-Quran dan cuba memahaminya dengan membaca secara perlahan-perlahan dan cuba memahami ayat-ayatnya. Sesungguhnya al-Quran adalah kitab hidayah. Justeru, bagaimana seseorang yang tidak memahaminya akan mendapat hidayahnya. Sekiranya dia musykil atau tidak mengerti maksud sesuatu ayat, hendaklah dia merujuk kepada tafsirannya. Dia hendaklah mengumpulkan seluruh tumpuannya ketika membaca dan menghadirkan hatinya dengan memerhati apa yang dinyatakan di dalam ayat yang dibaca itu; ancaman, ugutan, harapan, rahmah, hal keadaan umat terdahulu dan lain-lain. Allah berfirman maksudnya:  "Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?” (Muhammad:24)

Kenapa ramai di kalangan manusia tidak mentadabbur al-Quran?

Antara sebabnya ialah:

Pertama, menganggap bahawa al-Quran itu susah difahami. Anggapan ini tidak benar. Ia merupakan satu kesilapan tentang maksud tadabbur al-Quran. Anggapan yang sedemikian akan menjauhkan kita dari matlamat al-Quran itu diturunkan. Al-Quran adalah kitab tarbiah dan ta'lim. Kitab  hidayah dan penunjuk jalan kepada semua manusia. Kitab  huda, rahmah dan busyra kepada orang-orang yang beriman. Kitab yang Allah permudahkan untuk memahami dan mentadabburnya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:  “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?” (Al-Qamar:17)
Dan al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Bahasanya simpel dan mudah difahami oleh semua golongan. Allah berfirman maksudnya: "Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (Yusuf:2)
Sesungguhnya al-Quran, kebanyakan ayatnya jelas, terang dan nyata bagi semua manusia. Ia difahami oleh orang muda, orang tua, orang alim dan buta huruf. Hal ini pernah dinyatakan oleh Ibn Abbas r.a. (Tafsir ada empat jenis: yang diketahui oleh orang Arab daripada percakapan mereka, tafsir yang tidak ada seorangpun diterima keuzuran kerana kejahilannya (tidak ada seorangpun boleh berkata dia tidak faham kerana dia jahil), tafsir yang hanya diketahui oleh ulamak dan tafsir yang tidak diketahui melainkan Allah). Dan kebanyakan ayat al-Quran adalah jenis yang pertama dan kedua.

Sebab kedua ialah tipu daya syaitan. Syaitan membuat tipu daya untuk memalingkan manusia daripada mentadabbur al-Quran dan mengambil hidayahnya. Dia mahu menjauhkan hamba Allah daripada tadabbur al-Quran kerana dia tahu bahawa hidayah hanya diperolehi ketika tadabbur. Maka diapun berkata bahaya memperkatakan sesuatu tentang al-Quran. Sehingga  manusiapun berkata, saya tidak boleh bercakap tentang al-Quran untuk mengelakkan diri daripada tersilap. Sesungguhnya yang bahaya itu kamu bercakap tentang al-Quran tanpa ilmu, bukan tadabbur itu yang bahaya. Bukankah Allah perintahkan kita supaya tadabbur al-Quran? (Lihat surah Muhammad:24)

Maka janganlah kamu membiarkan syaitan menghalang kamu daripada tadabbur dan memahami Kalam Allah Tabaraka wa Ta'ala. Sekiranya kamu tidak mengerti makna sesuatu ayat, segeralah merujuk kitab-kitab tafsir untuk mencari makna serta maksudnya. Jangan kunci mindamu! Dengan sebab itu, kamu baca tanpa tadabbur atau kamu tidak baca langsung!

Bagaimana cara mentadabbur al-Quran?

Kebanyakan manusia belajar membaca dengan cepat dan laju. Cara begini memang susah untuk tadabbur. Kamu hendaklah membiasakan diri untuk tadabbur. Tadabbur hanya boleh dilakukan dengan membaca al-Quran secara tartil dan tidak laju. Letakkan di sisi kertas dan pena untuk menulis perkataan- perkataan yang tidak difahami atau tidak jelas maksudnya. Maka rujuklah kitab-kitab tafsir yang muktabar supaya terlerai apa yang dimusykilkan. Selepas itu, kamu akan membaca al-Quran tanpa ada lagi kemusykilan, dan terus tadabbur. Setiap kali membaca al-Quran, akan terbongkar ilmu-ilmu yang tidak diketahui sebelumnya. Sesungguhnya hidayah itu, semuanya terletak pada tadabbur al-Quran.

Antara kitab tafsir yang mudah dan disarankan kepada setiap muslim memilikinya ialah "Aisar al-Tafasir" karangan Syaikh Abu Bakar al-Jazaeriy. Kitab ini  ringkas dan tidak panjang. Bahasanya mudah, susunannya indah, dan ia mengikut manhaj ahli sunnah wal-jamaah.

Wednesday, 18 July 2018

Kejohanan Bola Sepak

Kejohanan Bola Sepak Yayasan Bank Rakyat Bawah 11 Tahun
Anjuran : Bank Rakyat dengan usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tarikh : 18 Julai 2018
Tempat : SK (F) Sungai Koyan 1
Pencapaian : Naib Johan








Program Lawatan Istana Pahang

Tarikh : 18 Julai 2018
Tempat : Istana Pahang, Pekan, Pahang
Penglibatan : 7 Orang murid PPIM SK Relong








Tuesday, 17 July 2018

REZEKI TANPA DI DUGA

Dulu...
Dulu saya fikir solat dhuha dan membaca zikir itu pembuka pintu rezeki. Dulu juga saya fikir, rezeki itu apabila ada wang, gaji yg besar, banyak tender yang masuk, Banyak simpanan di bank, banyak aset seperti kenderaan, tanah,rumah
Kesemuanya soal harta dan kekayaan

Setelah mencari dan mengetahui lebih mendalam apa makna rezeki dalam Islam, ternyata saya tersasar  besar...

Ternyata, langkah kaki yg *dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu*, itu adalah rezeki.

Langkah kaki yg *dimudahkan untuk solat berjemaah di masjid*, adalah rezeki.

Hati yg Allah jaga *jauh dari iri, dengki, dan kebencian*, adalah rezeki

Ada *teman  yang soleh dan saling mengingatkan dalam kebaikan*, itu juga rezeki

Ketika *ujian datang penuh getir penuh kesusahan dibantu Allah*, itu juga rezeki.

Mempunyai *orang tua yang sakit* ,ternyata itu adalah rezeki, kerana ianya adalah merupakan ladang amal pembuka pintu syurga bila kita Ikhlas mengurusnya.

*Tubuh yang sihat*, adalah rezeki... Bahkan apabila *diuji dengan sakit*, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah *penggugur dosa*.

Dan mungkin akan ada jutaan senarai lainnya bentuk rezeki yang kita tidak sedari...

*Suami Isteri dan anak anak sihat* itu rezeki,
*Anak-anak pembelajarannya lancar dan cerdik* itu rezeki.
*Hidup aman bersama  sama jiran tetangga* itu rezeki.

Walhal apa yang harus kita waspada ialah ketika hidup kita cukup, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan... 😔

Mari sebarkan kebaikan dan nikmati rezeki yg Allah amanahkan kepada kita.

*ۚﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ*

*_... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu._* (Al-Hadid - 57:20)

Berkongsilah ilmu walaupun satu huruf... Aaminn ya Robb...😁👍

Program Tanda Kasih

Masa : 10.45- 12.15 tengahari
Hari Jumaat
Tarikh : 13/7/2017
Objektif : Ibubapa atau penjaga dapat mengetahui perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah berdasarkan pencapaian penilaian pertengahan tahun baru-baru ini




Peperiksaan Pra Percubaan UPSR 2018

Hari : Isnin hingga Khamis
Tarikh : 16 hingga 19 Julai 2018



Wednesday, 11 July 2018

Pengurusan Jenazah

Tarikh : 11 Julai 2018
Tempat: Surau Al-Huda
Penceramah : Tn Hj Abdul Halim ( Imam Masjid Kg Relong)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang











LEMBAR BAHASA


































sumber : FB Page Dewan Bahasa dan Pustaka