Wednesday, 4 July 2018

Nilai Kesabaran

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Salam 22 Syawal. Masih lagi dalam suasana Hari Raya. Alhamdulillah masih lagi bernafas. Masih lagi segar menaip posting. Masih lagi boleh membaca posting admin pagi ini. Rakyat Malaysia masih terkesan dengan berita di Malaysia pada hari semalam 4 Julai. Berita kematian adik Adam Raykal. Hanya Allah Maha Tahu nilai kesabaran kedua ibubapanya. Mungkin senang mulut kita nak berkata, atau jari jemari kita menulis. Bersabarlah.. Bertabahlah.. Namun perasaan itu memerlukan masa untuk dipulihkan. Pokok pangkalnya IMAN. Disini admin melihat kekuatan dan keupayaan ibubapa Adam menempuh ujian dunia ini. Moga kalian sentiasa kuat dan kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan sekali pun. Sesungguhnya Allah mengangkat darjat sesorang melalui ujian yang diberikan. Allah Maha Tahu keupayaan hambaNya. Tidak dibebani ujian itu kepada mereka yang tidak mampu. Sekian dari admin. wassalam.

No comments:

Post a Comment