ehsan : Fitrah Islamic Online
Kesungguhan menuntut ilmu Pada zaman sekarang, zaman yang dipenuhi
dengan berbagai peralatan canggih dan hebat, zaman komputer dan
internet, begitu banyak peralatan-peralatan yang menggangu pelajar agama
untuk menghasilkan ilmu, alat-alat tersebut boleh membantu pelajar
untuk berjaya dan dapat bersaing dalam menjalani kehidupan ini, tetapi
juga dapat menahan kecemerlangan dan keberhasilan, tidak mengherankan
jika seorang pelajar sekarang dapat menghabiskan seluruh waktunya
didepan vedio geme, mencampakkan masanya didepan internet, atau
menghamburkan masanya dengan komputer, televisi, catur, dan
perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfa`at, kesalahan ini disebabkan
niat yang tidak ikhlas untuk belajar, karena hanya mengejar ijazah dan
syahadah, atau semangat yang sangat tipis, karena tidak memiliki jiwa
untuk berkorban, hal ini membuat pelajar agama mensia-siakan waktunya
tanpa membuat perkara yang berfaedah.
Sebab itulah seorang pelajar sangat memerlukan cara yang terbaik
untuk memenuhi waktunya dengan ilmu dan amal, diantaranya ialah dengan
mendengar atau membaca kisah-kisah ulama dalam menuntut ilmu, agar
mereka tertarik dengan cerita ulama-ulama terdahulu, dan dapat
mengamalnya, sehingga waktu yang ada tidak terbuang begitu saja.
Diantara kisah-kisah yang perlu kita jadikan pengajaran adalah :
1 – Kisah penuntutan ilmu Sahabat Rasulullah Abdullah Bin Abbas, :
beliau adalah seorang sahabat Rasulullah yang alim dalam mentafsirkan
Al-Qur`an, dan ahli dalam hadits, dimasa Rasul meninggal dunia beliau
masih tergolong kanak-kanak yang baru beranjak remaja., hal ini membuat
beliau bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu dan hadits dari mulut-mulut
sahabat yang ada, dan betul-betul menjaga waktunya untuk belajar,
beliau berkata : Tidak kulihat orang-orang yang paling banyak ilmunya
kecuali pada golongan Al-Anshor, sebab itulah aku sibuk untuk belajar
dari mereka, jika aku pergi ke rumah seorang Al-Anshor untuk menuntut
ilmu, aku bertanya tentang orang tersebut, mereka menjawab beliau sedang
tidur, maka aku ambil selendangku, kujadikan bantalku, kemudian aku
berbaring untuk menunggu beliau bangun dari tidurnya, kemudian beliau
keluar dari rumah untuk shalat Zhuhur, kemudian beliau berkata kepadaku:
bilakah kau sudah berada disini wahai anak paman Rasulullah SAW, aku
menjawab : ” sudah lama , beliau berkata : ” kenapa kau lakukan seperti
itu, kenapa tidak kau beritahu kepadaku tentang kedatangan mu ?, aku
menjawab : ” aku ingin engkau keluar untuk mengajarku setelah kau
selesaikan semua keperluanmu”.( Sunan Ad-Darimi ) Lihat bagaimana Ibnu
Abbas menuntut ilmu, beliau bersabar menunggu gurunya sehingga terbangun
dari tidur, dari cerita diatas kita dapat melihat kesungguhan Ibnu
Abbas dalam menuntut ilmu, dan rasa penghoramatan beliau terhadap
gurunya, padahal beliau memiliki kedudukkan yang tinggi disisi para
shahabat, sebab beliau anak paman Rasul, jikalau beliau membangunkan
shahabat Al-Anshari tersebut, niscaya shahabat tersebut akan terjaga
dari tidur, tetapi beliau sangat menghormati gurunya, demikian juga
beliau tidak langsung pulang kerumahnya, akan tetapi tetap bersabar,
menunggu didepan pintu rumah shahabat tersebut untuk menanti gurunya
keluar dari rumah, begitulah semestinya seorang pelajar. Imam Ibnu Abbas
berkata : Aku menghinakan diri kepada guruku untuk menuntut ilmu, dan
Aku muliakan guruku dan ilmu. ( Sunan Ad-Darimi ). Lihat bagaimana Ibnu
Abbas memuliakan ilmu dan gurunya, demikianlah seorang murid mesti
memuliakan dan menghormati gurunya agar mendapat ilmu yang bermanfa`at.
2 – kisah Imam Syafi`i dalam menuntut ilmu ; Imam Nawawi berkata: ”
Imam Syafi`i tumbuh dan membesar dalam keadaan yatim, hidup dalam
pemeliharaan ibunya, hidup dalam keadaan susah dan payah, semenjak
kecilnya beliau telah duduk mengaji dengan para ulama, dan menulis
setiap mas`alah-mas`alah diatas tulang, karena tidak memiliki duit untuk
membeli kertas. Lihatlah Bagaimana rajin dan kuatnya semangat Imam
Syafi`i dalam menuntut ilmu, walaupun uang tidak ada, tetapi tidak
menjadi alasan untuk tidak menuntut ilmu, jika kita lihat pada diri kita
sendiri, mungkin orang tua memiliki uang yang cukup, bahkan
sebahagiannya konglomerat ( koprat),memiliki mobil ( kereta ) yang
berkilat, rumah yang bertingkat-tingkat, badan sangat sehat, tidak
pernah merasa penat, tetapi tidak mencari kesempatan yang ada untuk
menuntut ilmu. Dihikayatkan ketika Imam Syafi`i datang ke kota Madinah,
belajar dengan Imam Malik, pada suatu hari, ketika beliau menghadiri
majlis Imam malik, ketika itu Imam Malik sedang mengimlakkan (
mendektekan ) sebanyak delapan belas hadits, sedangkan imam Syafi`i
duduk dibelakang sekali, kemudian Imam Malik mengarahkan pandangannya
kepada Imam Syafi`i, sebab beliau menulis dengan jarinya ke telapak
tangannya, ketika semua pelajar berpulangan, Imam Malik memanggil dan
menanyakkan asal usul beliau, maka beliau menceritakannya, Imam Malik
bertanya; ” Aku melihat engkau mempermainkan jari ke telapak tanganmu”,
berkata Imam Syafi`i ; ” Aku tidak memainkan jariku tetapi menulis
hadits yang engkau imlakkan dengan jariku ke telapak tanganku, kalau
guru mau, biar aku mengulangi kembali apa yang telah guru imlakkan, Imam
Malik berkata : ” sebutkanlah ” , maka beliau menyebutkan seluruh
hadits yang telah diimlakkan. dari cerita diatas sangat perlu sekali
kita meningkatkan kerajinan untuk belajar dan dapat meninggalkan seluruh
pekerjaan yang melalaikan dari belajar agama.
3- Kisah Syeikh Ahmad Damanhuri Al-Banteni dalam menuntut ilmu,
beliau adalah salah seorang guru penulis, yang meninggal dunia pada
tahun 1426 Hijriah, dari semenjak kecil sudah belajar ilmu agama,
kemudian berangkat ke Makkah belajar dengan ulama yang berada di sana,
seperti Syeikh Umar Hamdan Al-Mahrisi, Syeikh Abdullah An-Niyazi, Syeikh
Alawi Bin Abbas Al-Maliki, Syeikh Hasan Masyaath, dan lain-lain.
setelah itu beliau kembali ke Indonesia, setelah kurang lebih dua puluh
tahun beliau berada di Indonesia, maka beliau kembali lagi ke Makkah,
ketika itu beliau masih sempat melihat kembali gurunya Syeikh Hasan
Masyaath, pada masa ini beliau menghabiskan waktu untuk belajar dan
menghadiri majlis ilmu Syeikh Muhammad Bin Alawi Al-Maliki, padahal
beliau memiliki guru yang tidak di jumpai oleh Syeikh Muhammad Bin
Alawi, guru-guru beliau adalah sebahagian guru-guru Syeikh Yasin
Al-Fadani , beliau memiliki sanad yang tinggi , tetapi disebabkan
cintanya beliau kepada ilmu maka beliau menghadiri majlis Syeikh
Muhammad, dalam kondisi kaki yang sudah tidak boleh berjalan lagi,
sehingga di bawa dengan kursi dorong, beliau dapat menghadiri majis
ilmu, lihat kesungguhan beliau, walaupun dalam keadaan sakit tetap
menuntut ilmu, menuntut ilmu bukan disebabkan selembar kertas Syahadah.
Masih banyak lagi kisah-kisah para ulama yang sangat
bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, tetapi penulis mencukupkan ini
saja, mudah-mudahan dapat berguna untuk kita, agar menambah kesungguhan
dalam belajar agama
No comments:
Post a Comment